
SSPN i
Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
KOD EKSEKUTIF PEMASARAN PTPTN : 000003356
( Sila catatkan KOD EKSEKUTIF PTPTN )
- Pendeposit merujuk kepada Ibu/Bapa/Penjaga, manakala Penerima Manfaat merujuk kepada anak/jagaan.
- Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dan berumur melebihi 18 tahun boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “AKAUN UNTUK DIRI SENDIRI” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama).
- Sekiranya umur pelajar tidak melebihi 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga perlu menjadi pendeposit bagi pelajar tersebut (Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH”).
- Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah(Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan cukai.
- Pendeposit & Penerima Manfaat mestilah berstatus warganegara Malaysia.
- Deposit pembukaan minima RM 20.
- Pastikan anda masukkan KOD EKSEKUTIF PEMASARAN PTPTN : 000003356

