
SSPN PLUS merupakan gabungan simpanan dan takaful yang menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. Terdapat enam pakej yang di tawarkan dengan pakej bulanan serendah RM 30 sebulan.Ia menjadikan produk Simpan SSPN Plus lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia.
- Simpanan SSPN-i Plus Serendah RM1 Sehari. Jumlah mimimum deposit sebulan hanya serendah RM30 sebulan. Dengan tabungan yang mudah dan rendah, serta dapat dividen & manfaat takaful hingga RM60 ribu.
- Simpanan yang dibuat oleh pendeposit dalam akaun SSPN Plus adalah dijamin Kerajaan.
- SSPN i Plus merupakan Simpanan Patuh Syariah dan telah diberikan pengesahan syariah dari Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
- Tiada Pemeriksaan Kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk buka akaun SSPN Plus (kecuali Pakej Berlian).
- Kadar Dividen SSPN i adalah kompetetif, lebih tinggi berbanding skim simpanan lain. Simpanan dijamin kerajaan & keuntungan diperoleh boleh dikecualikan cukai.
- Pembukaan Akaun boleh dibuka Seawal untuk setiap anak, termasuk yang baru berumur 1 hari. Urusan pembukaan akaun boleh dibuka secara online tanpa sebarang dokumen perlu dimuatnaik.
- Manfaat Takaful Sehingga RM1 Juta. Proses penyertaan ringkas untuk layak mendapat manfaat takaful sehingga RM1 juta dengan pakej berlian dengan caruman SSPN Plus RM500 sebulan.
- Manfaat Takaful Bagi 36 Penyakit Kritikal Pendeposit dilindungi manfaat takaful hingga RM100 ribu jika disahkan menghidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan.
- Pelepasan Cukai SSPN Plus Sehingga RM11 ribu Seperti yang dinyatakan Belanjawan 2019 Kerajaan Malaysia, pelepasan cukai berdasarkan pecahan untuk simpanan RM8,000 & RM3,000 bagi sumbangan takaful.
- Manfaat khairat kematian jika berlaku kematian antara pendeposit, pasangan atau anak pendeposit (terhad kepada 3 orang anak sahaja).
Pendeposit SSPN Plus mestilah Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan sehingga mencapai umur 69 tahun (Tertakluk Kepada polisi Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih)
PENERIMA MANFAAT
- Warganegara Malaysia yang berumur sehari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
- Penerima Manfaat SSPN Plus mestilah Anak sendiri atau anak kandung serta anak angkat yang sah ( mempunyai sijil pengangkatan)
- Pendeposit boleh membuka satu akaun bagi satu penerima manfaat.
- Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN Plus penerima manfaat yang sama.
- Pendeposit WAJIB mengisi borang potongan gaji / auto debit / direct debit untuk bayaran komitmen bulanan. ( Salah Satu )
PENGELUARAN / PENUTUPAN AKAUN SIMPAN SSPN PLUS
- Pendeposit dibenarkan menutup akaun pada bila-bila masa dan mengeluarkan semua simpanan SSPN Plus dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN.
- Pendeposit boleh membuat pengeluaran simpanan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun dengan syarat mempunyai jumlah minimum simpanan yang perlu kekalkan dalam akaun sebanyak RM1,000.
PILIHAN PENGENDALI TAKAFUL
Hong Leong MSIG Takaful SSPN PLUS
Hong Leong MSIG Takaful Berhad merupakan syarikat pengendali takaful berlesen serta komponen penting perkhidmatan kewangan Islam bagi Hong Leong Financial Group. Kami komited untuk terus cemerlang dalam menawarkan solusi takaful keluarga terbaik yang inovatif, kompetitif dan fleksibel dalam memenuhi keperluan pelanggan kami yang terus berkembang. Sebagai Pengendali Takaful Pilihan, kami akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia melalui nilai-nilai murni yang kukuh. Bersama rakan kongsi kami yang berdedikasi serta pelbagai saluran pengedaran, kami komited dalam membantu rakyat Malaysia untuk mencapai masa depan yang lebih cerah dan terjamin dari segi kewangan.

Great Eastern Takaful
Great Eastern Takaful Berhad (GETB) ialah syarikat usaha sama antara I Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Tentera (M) Berhad.
Dilancarkan pada tahun 2010, GETB telah menjadikan pelanggan dan keperluan mereka sebagai tumpuan utama dengan menyediakan rangkaian penyelesaian takaful yang memenuhi matlamat perlindungan setiap lapisan masyarakat.

Takaful Ikhlas
Takaful IKHLAS menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan prinsip Syariah. Ia menawarkan produk takaful keluarga dan takaful am yang komprehensif melalui Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad.
Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah dan hampir 2 juta peserta takaful berdaftar dan lebih 7,000 ejen. Kedua-dua Takaful IKHLAS Family Berhad dan Takaful IKHLAS General Berhad adalah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

TEMPOH MENUNGGU TUNTUTAN TAKAFUL SSPN PLUS
MANFAAT | TEMPOH MENUNGGU MENGIKUT SPT | ||
HLMT | GETB | TIFB | |
Kematian Biasa |
- Pakej Berlian: 3 bulan dari tarikh kuat kuasa - Pakej Lain: Perlindungan serta merta |
- Perlindungan Serta Merta |
-Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada - Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada) - Pakej Berlian 3 bulan |
Kematian Akibat Kemalangan | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta |
Keilatan Kekal Biasa | - 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada | - 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada) | - 6 bulan untuk penyakit sedia ada |
Keilatan Kekal Akibat Kemalangan | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta |
Keilatan Separa Kekal Biasa |
- Biasa– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada - Kemalangan– Perlindungan Serta Merta |
- Pakej Berlian sahaja: 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada) |
- Pakej Berlian perlindungan serta merta - Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada - Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada). |
Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan | - Perlindungan Serta Merta | - Tiada | |
Penyakit Kritikal |
- Kanser dan Penyakit Berkaitan - Jantung– 60 hari dari tarikh kuat kuasa - Penyakit Lain– 30 hari dari tarikh kuat kuasa - Keadaan Sedia Ada– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa |
- 30 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Kanser, Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama, Penyakit Koronari Arteri Lain yang Serius) - 60 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk penyakit kritikal lain) |
- 30 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus) - 60 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus) |
Simpanan . Menjamin . Masa . Depan
Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Apakah SSPN-i Plus?

Pakej yang ditawarkan SSPN i Plus

Keistimewaan SSPN-i Plus
Simpanan Terjamin
Dividen Kompetitif
Pelepasan Taksiran Cukai
Manfaat Takaful*
Elaun Kemasukan Hospital
Manfaat Perlindungan*



Apa Kata Mereka
Jom sertai sekarang, pelbagai keistimewaan diberikan..
SSPN i Plus
Hadiah kepada anak anda yang tersayang bersama sspn i plus
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 - 2193 3000
Penafian: Laman web ini dibangunkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Eksekutif Pemasaran PTPTN (EP) Rasmi yang dilantik oleh PTPTN. Segala maklumat dan kandungan didalam laman web ini adalah di bawah tanggungjawab Eksekutif Pemasaran.
Kod Eksekutif Pemasaran PTPTN : 000003356